Thursday, July 23, 2009

pahamilah....

Jangan pandang kepada kecantikan kerana ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Aku mencari seseorang yang membuatkan aku tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Aku mencari seseorang yang bisa membuatkan hatiku tersenyum. Mungkin telah tiba ketika di dalam kehidupanku apabila aku teramatkan merindukan seseorang sehingga aku ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar-benarnya.Aku terus bermimpi dengan apa yang ingin aku mimpikan, aku pergi ke mana-mana yang ingin aku tujui dan aku menjadi apa yang aku inginkan kerana aku hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin aku lakukan.

No comments:

Post a Comment