Monday, July 20, 2009
layannn....
1. Terlajak perahu boleh diundur,
terlajak kereta pun boleh undur,
terlajak kapal terbang takde gear
reverse, sori.
2. Bersatu kita teguh, bercerai kita
kahwin lain.
3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga
lepas tu tercium pulak tahi ayam.
4. Alang-alang mandi biar guna sabun &
syampu.
5. Harimau mati meninggalkan belang,
isteri mati meninggalkan gelang, suami
mati meninggalkan hutang.
(Itulah...lain kali jangan suruh suami
beli gelang secara hutang)
6. Sebab mulut santan binasa sebab
mulut juga... nasi pun habis.
7. Biar putih tulang jangan kuning
gigi (gosok, jangan tak gosok tau)
8. Kalau tiada angin masakan pokok
bergoyang kecuali kalau ada beruk atas
pokok tu.
9. Malang tak berbau tapi kentut boleh
berbau walaupun tak berbunyi.
10. Biar mati bini jangan mati anak
(boleh kahwin lagi ape)
11. Alang-alang menyeluk perkasam biar
sampai kepangkal ketiak.
12. Biar korek hidung jangan korek
tabung.
13. Berakit-rakit kehulu, berenang-
renang ketepian lama-lama jadi letih.
14. Sayangkan anak tangan-tangankan
sayangkan isteri kahwin lagi satu.
15. Kalau padi katakan padi, tidak aku
ternanti-nanti, kalau sudi katakan
sudi, kalau tak sudi.....boleh
blah.......
16. Harapkan pagar, pagar pun tak
boleh harap.
17. Tempat jatuh lagikan dikenang
inikan pula tempat kena saman.
18. Hujan emas dinegeri orang, hujan
batu dinegeri sendiri, kalau macam tu
lebih baik tak payah hujan.
19. Biar lambat asalkan perlahan.
20. Kalau tiada rotan, pelempang
ajelah....
21. Habis madu, sepah jangan dibuang
merata-rata.
22. Carik-carik bulu ayam lama-lama
jadi bulu tangkis badminton, pasti
ayam kebogelan.
23. Air dicincang takkan putus tapi
kalau daging dicincang tandanya ada
kenduri
24. Kerbau berpegang pada tali,
manusia berpegang gunakan tangan....
25. Pinggan tak retak nasi tak dingin,
kalau orang tak hendak tandanya kita
tak lawa.
26. Takkan lari gunung dikejar, tapi
kalau tak kejar pun gunung tu takkan
lari jugak.
27. Patah tumbuh, hilang report polis.
28. Berapa berat mata memandang, berat
lagi ahli sukan yang masuk acara
angkat berat.
29. Sepandai-pandai tupai melompat
akhirnya tak masuk Sukan Olimpik
jugak.
30. Kalau ada jarum yang patah jangan
disimpan di dalam peti, buang aje beli
jarum yang baru.
31. Kalau ada sumur diladang, boleh
hamba menumpang mandi, kalau ada umur
yang panjang, bolehlah kita kahwin
lari.......(nak tak?)
32. Kajang Pak Malau Kajang berlipat,
Kajang hamba makan satay Kajang lagi
best......
33. Kalau kail panjang sejengkal,
belilah kail yang panjang sikit.
34. Kalau takut dilambung ombak
janganlah berumah ditepi pantai
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment