Wednesday, July 29, 2009

BACA DAN PAHAMI.....

1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang.

4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada difikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat.

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan, dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalaui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai seorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tidak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri.

18. Selepas seorang gadis jatuh cinta, dia akan sering bertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya.

20. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

21. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati.

22. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak ambil kesempatan terhadap diri mereka.

23. Satu ucapan 'hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

24. Senjata wanita adalah airmata.

25. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa. Percayalah.. Tiap lelaku perlukan wanita dan sebaliknya.

note: no 24 mmg betul..sesetengah lelaki akan cair dan lembut hati kalau nengok wanita itu....


byk yg aku belajar tntang wanita2....yg dulu smpai skrg mdampingiku....aku dapat ungkapkan mlalui 25 pengalaman ini...aku belajar sesuatu yg baru...sesiape yg ader rase sangkut ngan kata2 25 aku nie....maaf...ia mgajarku aper itu perempuan..aku amik mase 3 hari utk rumuskan ini smua...kpada teman...jdilah diri sendiri..krana diri kita satu d dunia ini dan tkkan ader owg len yg dapat gnti diri kita ini...SALAM....

4 comments:

  1. mesti ramai pmpuan yg penah didampingi... huhu

    ReplyDelete
  2. mesti ramai pmpuan yg reject kamu...hihi

    ReplyDelete
  3. 26. hati wanita terlalu lembut jgnlah kasari mereka dengan ungkapan yang berbisa. . sbbtu rasulullah menyuruh suami2 melayan wanita dengan lembut..

    ReplyDelete
  4. Nih lagu nyanyian Ari Lasso tulisan Ahmad Dhani btajuk "Rahsia Perempuan" nih cuba pahamkan

    Ada satu bagian pada perempuan,
    yang sangatlah pekat bila disentuh oleh lelaki,
    Di manakah bahagian itu?
    mahukah kau tahu?

    Kerna bagian itu
    hanya untuk lelaki yg cukup umur,
    kerna bagian itu
    sungguh sangat bisa buat perempuan
    dimabuk kepayang, dimabuk asmara
    di manakh bagian itu?
    mahukah kau tahu?

    Sentuhlah dia tepat dihatinya
    dia akan jadi milikmu selamanya
    sentuhlah dengan setulus cinta
    buat hatinya terbang melayang...

    Sentuhlah hatinya dgn sangat hati2
    bila ingin rebut hatinya...

    ReplyDelete