Monday, July 20, 2009
kantoii...
Juliana : "Abang Mie... Jom la datang rumah... saya rindu la.. lagipun
suami saya pergi oversea tadi.."
Helmi: "baiklah malam esok abang pergi tau... nanti pandai la abang tipu
isteri abang tu.."
Juliana : "Oh ya.. sebelum datang esok.. abang cukur misai kasi licin dulu
ye.. abang tahukan saya suka lelaki yg baby-face."
Helmi : "Alamak... yang ni susah sikit.. isteri abang suka abang simpan
misai ni nanti dia marah plak"
Juliana : "Alaaa... abang ni nak jumpa saya ke tak nie?"
Helmi : "oklah.. oklah.. Ana punya pasal.. apa saja abang sanggup"
Keesokan paginya, semasa Helmi hendak keluar untuk ke pejabat dia telah
memesan kepada isterinya yang dia pulang lewat malam ini kerana ada
mesyuarat penting... dan di pejabatnya.. Helmi telah mencukur misainya
sampai licin..
Jam 4 pagi ketika Helmi balik ke rumahnya...isterinya sudah tidur... Dengan
perlahan Helmi salin baju dan naik ke tempat tidur...tiba- tiba isterinya
tersedar lalu meraba-raba wajah Helmi yang licin itu dalam kegelapan... dan
berkata... "Kenapa kau tak balik lagi Jalil...kejap lagi suami akak
balik...!!"
Tipu....
Bapa suka menipu, ibu suka menipu dan anaknyapun apa lagi, mengikut sahajalah tingkah laku kedua - dua orang tuanya, yakni suka juga menipu. Mereka menipu orang kampung, menipu sesama mereka sekeluarga dan yang lebih sedih lagi, mereka suka menipu diri mereka sendiri. Ditakdirkan Tuhan maka pada suatu hari si ibu telah jatuh sakit lalu telah meninggal dunia.
Sedih si bapa dan si anak kerana telah kehilangan isteri / ibu yang ttersayang. Maka si bapa telah mencadangkan kepada si anak agar mulai saat itu mereka berdua bertaubat daripada menipu. Si anakpun bersetuju. Maka si anak telah bertanya kepada si bapa bagaimana caranya nak bertaubat dengan
sebenar - benar taubat?
Si bapa telah berfikir sejenak (sebab tak tahu jawapannya), kemudian setelah 30 saat berlalu, maka si bapapun telah memberitahu si anak bahawa cara yang sebenar - benarnya bertaubat ialah mereka berdua perlu mensucikan diri mereka daripada dosa - dosa silam dengan mandi di dalam air sungai di belakang rumah (tipu lagi ...). Maka si anak telah bersetuju (kedua - dua jahil ilmu).
Mereka berduapun pergilah ke sungai belakang rumah. Masing - masing pakai seluar pendek. Mula - mula si bapa terjun kedalam sungai. Boooshhhh! 30 saat masih lagi tak timbul. Rupa - rupanya kaki si bapa telah tenggelam di dalam selut di dasar sungai. Meronta - ronta si bapa cuba hendak melepaskan dirinya, akhirnya berjaya juga. Bila naik ke tebing sungai, maka si anak tadipun telah bertanya si bapa, kenapa lama sangat menyelam dalam sungai? Si bapa kata sebab dalam sungai tadi ada roti canai, ada teh tarik, ada kuih - muih dan sebagainya (tipu lagi ....) Maka si bapa kata dia makanlah dahulu hidangan tersebut sebelum dia naik balik ke atas.
Mendengarkan berita tersebut maka si anakpun terus terjun pula kedalam sungai. Boooshhh! Tetapi malang juga buat si anak kerana kali ini pula kepala si anak telah terkena pada sebuah batu besar di dasar sungai. Berdarah. Kejap - kejap itu juga si anak naik balik ke tebing sungai. Maka si bapa tanya pada si anak kenapa si anak cepat sangat naik ke tebing dan kenapa kepala si anak berdarah? Nak tahu apa si anak jawab???
Si anak kata, dia kena pukul dan kena kejar dek tauke kedai makanan dalam sungai kerana si bapa tak bayar lepas makan roti canai dan kuih - muih tadi ... he he he.
Nak bertaubatpun masih lagi menipu .... ish ish ish.
Hadiah dan Makna Tersirat.....
Setiap hadiah yang anda beri kepada kawan/kekasih/ isteri/suami anda
mempunyai maksud yang tersirat...
JAM TANGAN...... ..Tanda meningati setiap masa dan waktu.
CINCIN...... ...... Tanda ikatan kasih yang abadi.
GELANG...... ...... Tanda mesra
RANTAI LEHER....... Ikatan cinta yang perlu perhatian.
SUBANG...... ...... Tanda penghargaan dan penghormatan.
KASUT....... ....... Sentiasa mengambil berat/prihatin.
PAKAIAN/KAIN. .... .Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu.
PAYUNG...... ......Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.
MINYAK WANGI....... Tanda cinta
BINGKAI GAMBAR.....Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.
BUKU........ ...... Bersifat terbuka dan bertolak ansur.
BUNGA....... ........Tanda perkenalan dan tanda sayang
COKELAT ........ semanis cintamu.
LAGU/CD/KAD UCAPAN...... ... mengabadikan cinta
SEJADAH DAN ALQURAN..... ....tandanya kekasihnya itu menyayanginya
dunia dan akhirat.
PssssTT..heheeheehe he... Satu lagi.... zaman mellinieum.. ..
HANDPHONE... tandanya. ... kau jangan lari dari ku!!!!...... .aku akan cari kamu walau dimanapun...
melainkan kalau handphone tu ditutup.....
HADIAH PALING BERHARGA DALAM DUNIA!!
MASUK MEMINANG.... ..tandanya dia serius dan betul2 seriuss..!
Kalau sampai Ipoh
===============>
Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun
menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu
bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di
Ipoh... cakap pada anak saya."
Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. setiap seminit dia akan
bertanya pada penumpang disebelahnya.. "Sudah sampai Ipoh belom?"
Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya. Penumpang
disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni.. nanti
kalau sampai saya akan kejutkan!"
Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke depan dan bertanya pada
pemandu untuk kesekian kalinya,
"Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?"
Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. "Belom! Tidur
aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!"
Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali.
Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas
lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh.. tidak ada seorang pun
yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih
tertidur dan tidak bangun-bangun.
Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia
bertanya pada para penumpang..
"Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni.. perlukan kita hantar
semula anak ini?"
Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan
setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah
rombongan bas itu menuju ke Ipoh..
Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan.
"Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu..
Si anak bangun dan berkata..
"Oh sudah sampai ya!"
lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya..
Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?"
tanya pemandu kebingungan.
"Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh
makan nasi bungkus ni!"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment