Wednesday, August 26, 2009

ramadan....

Ramadhan ialah hadiah istimewa dari Allah kepada hamba2Nya yang beriman
sebagai tanda kasih dan sayangNya kepada kepada kita.
Pelbagai ganjaran yang menanti buat yang bijak merebut peluang keemasan
yang hanya tiba setahun sekali ini.
Ibarat jualan murah yang besar-besaran-
buat sedikit sahaja tetapi berganda-ganda hadiah yang kita dapat!

Bagi yang mengejar gelaran Taqwa, inilah masanya.
Buat yang mengharapkan ampunan, pada Bulan inilah peluang terbesar kita.
Dan yang paling istimewa, buat yang benar2 ingin mengejar Cinta dan Rahmatnya,
disediakan satu malam istimewa iaitu malam LailatulQadar-
satu malam yang lebih baik dari seribu bulan.
Begitu kasih dan pemurah Allah kepada hamba-hambanya
yang menginginkan kebahagiaan yang hak
yang penuh dengan magfirah sama ada didunia mahupun diakhirat kelak.

"Jika bulan Ramadhan datang, pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan dibelenggu.." [HR Muslim]

Kebiasaan di Bulan Ramadhan, dikatakan bahawa sebahagian
Salafus Salih mengucapkan selamat tinggal kepada sebahagian
yang lain sehingga mereka berjumpa lagi semasa solat AidilFitri.
Yang mereka rasakan adalah ini bulan ibadah,
Bulan untuk melaksanakan Syiam(puasa),
dan Qiam(solat malam) dan kami hanya ingin menyendiri dengan Tuhan kami.

Pergilah dunia yang menyibukkan! Pesta Ibadah telah bermula.
Marilah menghidupkan kembali Ramadhan!.


Ramadhan ya ramadhan..semoga kehadiranmu ini membawa lebih banyak azam untuk kami semua tingkatkan ibadah..

No comments:

Post a Comment