Monday, May 18, 2009
so smile?
'HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:                                           Semalam ~Sudah menjadi sejarah.                                        Hari Ini ~ Apa yang sedang Kita lakukan.                                         Esok ~ Hari yang belum pasti.                                                                                                                    Hisablah Hari pertama semoga Hari yang kedua                       Kita lebih baik kerana mungkin ajal Kita pada Hari yang kedua.                                                                                                            HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:                                                          Nafas Naik.                                                                 Nafas Turun.                                                                                                                        Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut                              Adalah pemberian Allah secara percuma Dan                                  Carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.                                                                                                        Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu                          Nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama                           Nyawa Dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.                                                                                                                 HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :                                                 Hidup dalam keredhaan Allah.                                                Hidup dalam kemurkaan Allah.                                                                                                                        HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :                                                  Neraka & syurga.                                                                                                                        Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan                     Dan Kita hanya diyakinkan oleh keyakinan Kita kepada rukun IMAN.                         Rukun Iman itu pula Ada 6 Dan apabila                                  Hilang salah satu daripadanya maka hilanglah IA.                                                                                                       Kelazatan Dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.                       Tidak terduga oleh fikiran Kita Dan untuk mendapatkannya                               Terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu                             Dan puncaknya adalah SOLAT .. . Amat sukar untuk dipercayai                       Bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,                            Umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,                                  Tetapi tidak mempunyai boarding pass.                                                                                                                 Dan mereka yang sengaja melalaikan solat,                          Umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem .. .                      Apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai                                Pada penerimanya .. . Lalu dia pun berkata                                       Setemnya akan dihantar kemudian.                                                                                                                       Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :                             Dia mungkin didenda .. .. Atau, suratnya masuk tong sampah.                                                                                                     Oleh itu, tidakkah Kita semestinya bersyukur                          Atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada Kita .. .                          Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara                             Secara percuma untuk Kita berzikir mengingati~Nya                            Setiap detik Dan ketika, hinggalah Kita kembali                             Kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang .. .                                Lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan                                         Kita redha Dan Allah meredhai.                                                                                                               Semoga Kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa                               .. . Di dunia jua di akhirat kelak serta                                          Di dalam rahmat Allah s.w.t.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 

No comments:
Post a Comment