Monday, August 31, 2009

Nya...

kalau Tuhan kita kenali
kasih sayang dan peranan-NYA
kalau Tuhan kita fahami
keagungan dan kekuasaan-NYA

kalau Tuhan kita rasakan
betapa DIA sangat cintakan hamba-NYA
kita akan sanggup berjuang,sanggup mati kerana-NYA
kita akan anggup berkorban apa saja kerana-NYA

kalau Tuhan dikenalai
cintailah Tuhan
DIA adalah segalanya
korbankanlah apa saja kerana-NYA

cintakan Tuhan,cinta paling mahal
cintakan selain Tuhan,cinta murahan
kalau Tuhan kita kenali dialah segala-galanya
kalau Tuhan kita fahami
DIAlah pengurus seluruh keperluan kita
kalaulah kita fahami
Tuhan ini siapa sebenarnya
kita akan sanggup menerima ujian kerana-NYA
kita akan sanggup menderita demi cinta pada-NYA
CINTAKAN TUHAN CINTA ABADI...

Wednesday, August 26, 2009

ramadan....

Ramadhan ialah hadiah istimewa dari Allah kepada hamba2Nya yang beriman
sebagai tanda kasih dan sayangNya kepada kepada kita.
Pelbagai ganjaran yang menanti buat yang bijak merebut peluang keemasan
yang hanya tiba setahun sekali ini.
Ibarat jualan murah yang besar-besaran-
buat sedikit sahaja tetapi berganda-ganda hadiah yang kita dapat!

Bagi yang mengejar gelaran Taqwa, inilah masanya.
Buat yang mengharapkan ampunan, pada Bulan inilah peluang terbesar kita.
Dan yang paling istimewa, buat yang benar2 ingin mengejar Cinta dan Rahmatnya,
disediakan satu malam istimewa iaitu malam LailatulQadar-
satu malam yang lebih baik dari seribu bulan.
Begitu kasih dan pemurah Allah kepada hamba-hambanya
yang menginginkan kebahagiaan yang hak
yang penuh dengan magfirah sama ada didunia mahupun diakhirat kelak.

"Jika bulan Ramadhan datang, pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan dibelenggu.." [HR Muslim]

Kebiasaan di Bulan Ramadhan, dikatakan bahawa sebahagian
Salafus Salih mengucapkan selamat tinggal kepada sebahagian
yang lain sehingga mereka berjumpa lagi semasa solat AidilFitri.
Yang mereka rasakan adalah ini bulan ibadah,
Bulan untuk melaksanakan Syiam(puasa),
dan Qiam(solat malam) dan kami hanya ingin menyendiri dengan Tuhan kami.

Pergilah dunia yang menyibukkan! Pesta Ibadah telah bermula.
Marilah menghidupkan kembali Ramadhan!.


Ramadhan ya ramadhan..semoga kehadiranmu ini membawa lebih banyak azam untuk kami semua tingkatkan ibadah..

sempena ramadan.....

sempena ramadhan yg mulia ini............

buat semua dari saya......

puasa tiada maknanya jika ada
sengketa antara kita,,

maaf dipohon atas tingkah
yg bukan kehendak kita ,,,,,,

jauh disana ingin berkasar,
apatah lagi melukakan,,,,,,,

namun apakan daya
lisan kadangkalanya sering melukakan....

zaman dahulu lisan perantaraan,
antara hati dan perasaan,,,

dizaman teknoloji ini ,,,,,,,
dari hati menuju kejari ,,,,
mencari yg buruk mahupun yg baik.......

bergantung punya diri
yg punya hati.....

maaf atas kesilapan.....
moga diterima segala amalan...
dibuang segala dosa
ditambah pahala setiap keikhlasan...,

bila hati berkata..

Bila ku tahu kau masih mengharapkannya,
Aku x akan hadir diantara kalian,
Biarlah aku pergi dari cintamu,
Biarah aku undur diri dari rasa sayangmu..

Cinta...
Memang berat untuk melupakan yang pertama,
Namun ku pergi bukan kerana itu,
Ku pergi kerana cintamu bukan untukku,
Ku x ingin menjadi dermaga kesunyian cintamu..

Pergilah dan jemput dirinya yang kau rindu,
Ku x akan menghalangi rindumu untuk dirinya,
Walau luka hati yang sangat dalam,
Ku rela demi kebahagiaanmu...

Rindu...
Mungkin aku akan merasakannya bila kau pergi,
Namun akan ku cuba menepis rasa itu,
Ku x ingin menjadi penghalang kembalinnya cinta kamu berdua...

Monday, August 24, 2009

utk dia...

Kenapa mesti aku,
Apa yang membuatkan die berubah??
Atau aku yang berubah??
Aku pown x tahu kenapa mcm ni skrg
Dulu kalo nk kemana-mana mesti bersama
Sekarang masing2 menjauhkn diri
Aku sedar aku bukan teman yang sempurna
Tiap tutur kata pasti ade yang terluka tanpa disedari
Tak puas hati cakap trus kat aku
Apa2 hal boleh dibincang
Bukan dengan menghebahkan pada orang lain
Aku pun punyai maruah sama seperti kau
Tapi x mengapa...
Demi persahabatan kita
Aku tetap bersabar dengan karenah kau
Bile memikirkan apa yang telah kita lalui
Tapi biarlah aku dengan cara aku
Kau dengan cara kau....
Aku sentiasa mendoakan kebahgiaan mu

Saturday, August 22, 2009

bebelanku pagi ni...

Ni xde kene mengena dengan keputusan or result bola...
Cuma kadang2 kite terpaksa buat keputusan untuk idup...
Terpaksa ikut keputusan yang ditentukan untuk kehidupan...
Kadang2 apa yang kite nak xsemua kite boleh dapat...
Selalunya apa yang kite xnak itula yang kite dapat...
Tapi igtlah kite kene sentiasa positif dalam kehidupan...

"Sebab apa???"

Sebab apa sahaja negatif yang terjadi dalam kehidupan
kite ni sebenarnya adalah apa yang kite minta dalam sutera
hidup tanpa kite sedari atau tanpa perasan yang itu adalah
permintaan kite sebenarnya...
Kite kerap nak salahkan takdir padahal bende tu kite yang mintak...
Itula sebenarya kehidupan...
kite xkan sedar apa yang kite buat...
Apa yang kite tau buat sesuatu yang boleh melekakan kehidupan kite sendiri...
Termasuk diri saya sendiri...Dah terlungkup baru nak berakal...

Sekarang tgh mencari arah tuju untuk buat hidup yang baru...
Arah tuju untuk membuka langkah kehidupan yang boleh merubah nasib...
Saya akur dengan keputusan yang telah dibuat...
Yang penting :

"Jalan mesti ke depan Jangan jalan ke belakang..."

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN DAN HARI KEMERDEKAAN

masalah jerawat?

Kedudukan jerawat dan info... jangan picit nanti berlubang muka hehe

DAHI
Haba bad an melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan bad an,
mungkin terlampau letih.Stress Kumpulan ini biasanya panas baran
Nasihat : P upuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup
dan minum air banyak

HIDUNG
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin
bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan
sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh
dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi

DAGU
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman)
lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin
berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

PIPI KIRI
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan,
menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal

PADA BADAN (BELAKANG Dan DEPAN)
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat
dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan
lebih baik.